Google+ Badge

Khamis, 15 November 2012

Contoh Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Muzik

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN MUZIK

Tahun                         :  1 ( Satu )
Tema                          :  Aku dan Muzik
Jumlah Murid            :  6 orang
Tajuk                          :  Detik
Tempoh                      :  30 minit
Fokus    Utama          :  Detik dan Dinamik
                                       Detik: Konsisten   Dinamik :Kuat dan Lembut
Fokus sampingan     :  Gerakan
Objektif                      : Di akhir pembelajaran dan pengajaran,murid dapat memainkan
                                      Perkusi dengan cara yang betul dan memainkan detik  lagu                                                dengan betul.

Standard Kandungan

Modul : Pengalaman Muzikal
1.1  Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoire.


  Standard  Pembelajaran
1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik
            - postur
            - cara memainkan

1.2 .2  Memainkan perkusi mengikut tempo.
            - cepat
            - lambat
          
1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.
            - lembut ( p )
            - kuat ( f )

BBM  : Kibod
             Perkusi, : Kerincing, Kayu Tik-Tok ,Drum, kad ikon.

SDK: 
1.1.3. Menggunakan alat, radas, bahan, instrument atau specimen yang sesuai

2.1.1  Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak


Pengetahuan Sedia ada:  Murid pernah memainkan alat perkusi dan pernah mempelajari lagu Gajah Menari.







LANGKAH

CADANGAN AKTIVITI

BBM

FASA SDK


Set Induksi

1.    Guru menujukkan kad ikon kepada murid iaitu kad ikon Harimau, Burung dan Ikon Manusia.

2.    Guru bersoal jawab dengan murid      mengenai gambar yang ditunjukkan.



Kad Ikon





Fasa Persediaan


1.1.1

1.1.3

1.2.1




Langkah 1





  1. Guru menerangkan maksud setiap gambar sebelum diaplikasikan dalam permainan perkusi.

  1. Guru menerangkan kepada murid bahawa ikon harimau menunjukkan tekanan yang kuat.Ikon burung menunjukkan tekanan lembut dan ikon manusia simbol senyap  menunjukan rehat.


Kad Ikon



Langkah 2






  1. Guru menggunakan lagu yang telah dipelajari dalam sesi pembelajaran yang lepas untuk memainkan tekanan dalam corak irama melodi lagu iaitu lagu Gajah Menari.

  1. Murid dibahagikan kepada 3 ( tiga ) kumpulan.
Kump. 1 : Bermain Drum (2 org)
Kump. 2 : Bermain Kerincing (2 org)
Kump. 3 : Bermain Kayu Tiktok (2 org)

  1. Setiap kumpulan akan memainkan bahagian masing-masing mengikut kesesuaian melodi kaunter dengan bimbingan guru.



Perkusi




Langkah 3











  1. Sebelum bermain alat perkusi, guru menyoal murid kemudian menerangkan arahan bermain mengikut simbol
Contoh soalan guru:
1.       ( Guru tunjuk Kad Ikon  dan bertanya beberapa soalan)

-          Harimau menunjukkan tekanan kuat atau lembut?Burung?
-          Sekiranya melihat ikon manusia,apa perlu dilakukan?

Kad Ikon







Fasa Imaginasi

2.1.1

2.2.2



Langkah 4

  1. Murid  diberikan perkusi mengikut kumpulan.
  2. Guru menunjukkan cara memainkan perkusi kemudian mengarahkan murid memainkan perkusi mengikut kad ikon yang diletakkan pada papan tulis.
  3. Guru mengiring murid bermain perkusi dengan iringan Kibod.



Corak Irama
menggunakan Kad ikon

Kibod

Perkusi

Langkah 5

  1. Murid-murid memainkan perkusi secara berkumpulan mengikut kaunter melodi masing-masing.
  2. Cara bermain;
Drum :Pukulan kuat pada nilai not pertama dan lembut pada nilai not 2 dan 3.
      Kerincing: Memainkan perkusi pada   
      Nilai not pertama sahaja.
      Kayu tik tok : Memainkan detik secara
      konsisten dalam nilai not 3 krocet
      dalam 1 bar.


Kad ikon

Perkusi

Perkembangan

3.1.1

3.1.2

Langkah 6
1. Guru mengarahkan murid bermain  secara berkumpulan dan guru mengiringi murid dengan bermain kibod.

2.Selain bermain perkusi, guru juga mengarahkan murid untuk mencuba bermain perkusi sambil menyanyikan lagu “ Gajah Menari”

3. Setelah bermain,guru kemudian mengarahkan murid membuat pergerakkan mengikut lirik lagu.

4. Sepanjang aktiviti dijalankan, guru memerhatikan setiap murid bertujuan untuk  membuat pentaksiran dan menetapkan kedudukan Pencapaian Band.

5. Guru mendapatkan evidens melalui pemerhatian iaitu:

i. murid dapat bermain perkusi dengan cara yang betul dan memainkan kaunter melodi dengan betul.





Perkusi
Kibod











Rujuk
Lampiran A

Fasa
Tindakan

Penutup

  1. Guru mengulas isi pelajaran yang telah dipelajari.

  1. Guru menekankan semula aspek muzik yang telah dipelajari iaitu detik dan tekanan.

  1. Murid memainkan perkusi sekali lagi bagi mengiringi lagu mengikut iringan kibod sebagai penutup isi pelajaran.




Perkusi

Fasa Tindakan





Refleksi  P&P :  

Sabtu, 6 Oktober 2012

Jumaat, 5 Oktober 2012

KSSR MUZIK TAHUN 3

Kepada rakan guru yang mengajar KSSR muzik tahun 3,untuk mendapatkan Dokumen Standard Prestasi Muzik Tahun 3,Sila klik pautan ini. DSK THN 3